Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Sunday, April 11, 2010

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010 Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)


Kutipan data bagi SPPICTS akan bermula dari 12 April sehingga 9 Mei 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja. 29 April 2010 kutipan untuk Negeri Sembilan.                                                                                                                  
Catatan:
·   Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).
·   Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Mei (Ahad) terbuka kepada semua              negeri.
·   Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat.
                                                                           






Thursday, March 4, 2010

PENGISIAN DATA SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH(sppicts)KPM BAGI TAHUN 2010

   Untuk makluman pihak sekolah, instrument Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS)telah ditambah baik dengan dimensi dan medan yang lebih menyeluruh. Aplikasi SPPICTS boleh di akses secara online melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my, http://rnd.moe.edu.my/ssqs atau http://pnp.moe.edu.my. Pihak tuan boleh melayari URL ini untuk makluman terkini atau muat turun dokumen-dokumen Manual Pengguna SPPICTS bagi sekolah. Kutipan data penggunaan inisiatif ICT sekolah secara online akan dilaksanakan sebanyak tiga(3) kali setahun seperti ketetapan berikut:

                     a)  21 Mac hingga 9 April 2010
                     b)  20 Jun hingga 9 Julai 2010
                     c) 19 September hingga 8 Oktober 2010 

      Sehubungan itu, pihak Pusat Kegiatan Guru Kawasan Mambau memohon jasa baik pihak Guru ICT untuk mengemaskini data SPPICTS sekolah tuan. 
      Data ini akan dianalisis dan diproses sebagai laporan lengkap untuk dikemukan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut masa yang telah ditetapkan.





           

Wednesday, February 24, 2010

PERLAKSANAAN SISTEM i-NILAM SECARA ONLINE

Dimaklumkan kutipan data NILAM secara online boleh dilaksanakan oleh GPM,Guru Data,Guru Penyelarasan NILAM dan Guru NILAM berkuasa mulai 18 Februari 2010.

 Tanggungjawab GPM :

  •  GPM-mendaftar/mengemaskini maklumat pengguna peringkat sekolah dan memberi tahap capaian sistem kepada pengguna samada sebagai guru Data, Guru Penyelarasan NILAM atau Guru NILAM.
  • Guru Data -Mendaftar/mengemaskini maklumat kelas dan murid.
  • Guru NILAM -merekodkan/mengemaskini jumlah bacaan bulanan murid setiap hujung bulan.
  • Guru Penyelarasan NILAM - Mengesahkan data NILAM sekolah yang direkodkan oleh GURU NILAM.

AKTIVITI PENARAFAN PSS 2010(IQ-PSS) TELAH BERMULA

Makluman untuk semua GPM.

Penarafan PSS bagi tahun 2010 bagi tahun 2010 boleh dilaksanakan secara online berkuatkuasa mulai 9 Februari 2010.

 Tanggungjawab GPM:  
  •         Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan 
  •          Isi borang IQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap
  •         Masukkan catatan anda sebagai GPM.
  •         Cetak IQ-PSS dan majukan borang IQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda bersetuju  dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
  •         Kemaskini IQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
  •          Setelah berpuashati,majukan IQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.
         

Sunday, February 7, 2010

SeLaMaT Tahun Baru Cina 2010


 
Warga PKG Mambau dengan ini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai) kepada semua kaum China terutama kepada guru-guru sekolah ahli PKG Mambau.


Wednesday, January 6, 2010

PEMASANGAN ASTRO UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA 2010

i



      Sukacita dimaklumkan, pihak Astro melalui program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)sedang dalam proses pemasangan penuh perkakasan Astro ke sekolah-sekolahdi bawah Jabatan Pelajaran.
      Secara umumnya objektif KABKS adalah untuk menyokong pembelajaran di semua sekolah kerajaan melalui sumbangan dalam bentuk teknologi ASTRO, kandungan TV tempatan dan antarabangsa melalui saluran-saluran berunsurkan pembelajaran serta khidmat tenaga dan kemahiran  pekerja Astro bagi pemasangan perkakasan tersebut.

      Lokasi pemasangan indoor set - DMG dan TV
       - Peralatan Digital Multimedia Gateway (DMG) dan TV yang dibekalkan hendaklah diletakkan di lokasi berikut:-
             a) Bilik Media atau,
             b) Bilik Tayang atau,
             c) Pusat Sumber Sekolah (PSS) atau,
             d) Mana-mana bilik dan ruang yang selamat dan terkawal yang mesti dipersetujui oleh pentadbiran sekolah dan Astro sebelum pemasangan, sekiranya bilik yang tersebut di atas tidak ada di sekolah tersebut.
       - Sekolah perlu menyediakan satu meja bentuk bersaiz 37"(T) x 33" (L) x 24" (P) untuk meletakkan perkakasan ini.
       - Sekolah perlu menyediakan 1 AC Power Point untuk sambungan ke perkakasan.

Layari:http://www.astro.com.my/kampusastro


P/S: Peringatan kepada guru GPM dan pihak sekolah agar memastikan set ASTRO yang lama kekal di sekolah dan tidak diserahkan kepada sesiapa kerana ia adalah Hak Milik Kementerian Pelajaran Malaysia.

Monday, January 4, 2010

SeLamaT Tahun BAru



Selamat Tahun Baru 2010 daripada PKG Mambau Seremban.