i
Sukacita dimaklumkan, pihak Astro melalui program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)sedang dalam proses pemasangan penuh perkakasan Astro ke sekolah-sekolahdi bawah Jabatan Pelajaran.
Secara umumnya objektif KABKS adalah untuk menyokong pembelajaran di semua sekolah kerajaan melalui sumbangan dalam bentuk teknologi ASTRO, kandungan TV tempatan dan antarabangsa melalui saluran-saluran berunsurkan pembelajaran serta khidmat tenaga dan kemahiran pekerja Astro bagi pemasangan perkakasan tersebut.
Lokasi pemasangan indoor set - DMG dan TV
- Peralatan Digital Multimedia Gateway (DMG) dan TV yang dibekalkan hendaklah diletakkan di lokasi berikut:-
a) Bilik Media atau,
b) Bilik Tayang atau,
c) Pusat Sumber Sekolah (PSS) atau,
d) Mana-mana bilik dan ruang yang selamat dan terkawal yang mesti dipersetujui oleh pentadbiran sekolah dan Astro sebelum pemasangan, sekiranya bilik yang tersebut di atas tidak ada di sekolah tersebut.
- Sekolah perlu menyediakan satu meja bentuk bersaiz 37"(T) x 33" (L) x 24" (P) untuk meletakkan perkakasan ini.
P/S: Peringatan kepada guru GPM dan pihak sekolah agar memastikan set ASTRO yang lama kekal di sekolah dan tidak diserahkan kepada sesiapa kerana ia adalah Hak Milik Kementerian Pelajaran Malaysia.