Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Wednesday, January 6, 2010

PEMASANGAN ASTRO UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA 2010

i



      Sukacita dimaklumkan, pihak Astro melalui program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)sedang dalam proses pemasangan penuh perkakasan Astro ke sekolah-sekolahdi bawah Jabatan Pelajaran.
      Secara umumnya objektif KABKS adalah untuk menyokong pembelajaran di semua sekolah kerajaan melalui sumbangan dalam bentuk teknologi ASTRO, kandungan TV tempatan dan antarabangsa melalui saluran-saluran berunsurkan pembelajaran serta khidmat tenaga dan kemahiran  pekerja Astro bagi pemasangan perkakasan tersebut.

      Lokasi pemasangan indoor set - DMG dan TV
       - Peralatan Digital Multimedia Gateway (DMG) dan TV yang dibekalkan hendaklah diletakkan di lokasi berikut:-
             a) Bilik Media atau,
             b) Bilik Tayang atau,
             c) Pusat Sumber Sekolah (PSS) atau,
             d) Mana-mana bilik dan ruang yang selamat dan terkawal yang mesti dipersetujui oleh pentadbiran sekolah dan Astro sebelum pemasangan, sekiranya bilik yang tersebut di atas tidak ada di sekolah tersebut.
       - Sekolah perlu menyediakan satu meja bentuk bersaiz 37"(T) x 33" (L) x 24" (P) untuk meletakkan perkakasan ini.
       - Sekolah perlu menyediakan 1 AC Power Point untuk sambungan ke perkakasan.

Layari:http://www.astro.com.my/kampusastro


P/S: Peringatan kepada guru GPM dan pihak sekolah agar memastikan set ASTRO yang lama kekal di sekolah dan tidak diserahkan kepada sesiapa kerana ia adalah Hak Milik Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment